.: FINAL IS CAME BACK ...

Lama betul aku x update blog ni..... busy ngan jadual harian yg fit sesangat...

      esok aku dah start final exam..... dubdab...dubdab.....

              .: mental == 100 %....
              .: fizikal == 70 % ...
              .: emosi == mcm biase hujung nk masuk bln br ....


                                     28 feb 2011 : Basic computer architecture
                                                              ( 2.30pm-5 pm )
                                        
                                     2 march 2011 : introduction to computer technology.
                                                                  ( 9 pm-12 pm )
                                     
                                     5 march 2011 : strengthening mathematics
                                                                  ( 2.30 pm-5.30 pm )
                                     
                                     9 march 2011 : programming principles
                                                                  ( 9 am-12 pm )
                                                                    
                                     10 march 2011 : Islamic studies
                                                                    ( 9 am-11.30 am )




   * * : To my fwen, good luck ye... scor jangan x skor " A " ....

Jika kau fikirkan boleh ! ! !

Jika kita pernah gagal dan kita merasakan sakitnya kekecewaan itu bila apa yang diusahakan tidak membuahkan hasil, maka, tersenyum dan bersyukurlah kerana mungkin kegagalan tersebut adalah lebih baik untuk kita merenung kembali kesilapan diri yang leka dengan nikmat kelapangan masa dan keselesaan duniawi.

Ingat, kegagalan pertama bukan bermakna ia akan terus gagal, tetapi ianya akan membangkitkan cita-cita yang lebih bersemangat bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.

Yuk, seberkas ilmu, kita bahagi dua. Satu untuk cita-cita, satu untuk usaha =)

Dan barangsiapa bersungguh-sungguh terhadap sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah, maka apa yang diusahakan itu pasti akan menjadi miliknya. InshAllah. Itu janji Tuhan [Quran 29:69]



kalkulator cinta

Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri.

Berulangkali.

Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi.

Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta.


Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya.

Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, I love you my dear, maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai.

‘Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia.

Saya berangan-angan lagi.

Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani dengan kata-kata : ‘Cantiknya awak hari ni! Macam nak pergi mengurat mamat benggali!’. Maka aktiviti tolak akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar demi kasih dan cinta suami kepada isteri.

‘Suami, sindir, perli – CINTA = isteri terasa hati = masam mencuka wajahnya sehari.



:: Andai tenggelam di serap kegelapan, carilah cahaya ilahi dengan hati. Bukan dengan duniawi.DIA sentiasa menunggu diri mu sujud penuh taqwa untuk di hadiahkan ketenangan jiwa. agar kau tidak akn kembali mentakbur di bumi nyata ::




:: Jika anda memiliki sebiji permata yang amat berharga di rumah, usah pamerkan ia kepada orang ramai, usah di bawa ke sana ke mari kerana ia akan menjadi perbualan orang, ia mungkin akan di curi, dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sehingga akhirnya permata yang indah itu tiada serinya lagi kerana hatinya penuh dengan gelisah. begitulah umpama seorang wanita, lindungilah dan jagalah maruahnya...



:: Rasa cinta hanya pinjaman, AKU TERIMA NIKAHNYA yang menyatukan keduanya, di ikat dengan tali keimanan, semoga bercinta sampai ke syurga...